Assalamualaikum W.b.t ,
Internet asalnya dari "inter-network" iaitu rangakaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. sejarah internet bermula dengan rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
Pertama kali aku melayari INTERNET.. bila ye,, entah lupa sudah tp ape yang pasti diri ini kenal dengan internet bukan dari rumah mahupun cyber cafe.. saye mula kenal internet sejak di bangku sekolah rendah dimana cikgu yang kami mengajak kami masuk ke makmal komputer dan ini merupakan kali pertama saya kenal internet. walaupon agak kaku dengan penggunaannya tapi tidak jadi batu penghalang untuk saya belajar. bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
( pertama kali memasuki rangkaian internet )
Dulu bila melayari internet jew,terus tengok youtube,game, dan apa-apa la.. tp itu dulu la iye.. KINI baru aku tahu internet ini satu rangkaian yang sangat luas dan pelbagai maklumat yang dapat kita perolehi hanya di hujung jari sahaja.. saya guna kemudahan yang ada ini untuk mencari maklumat tentang pembelajaran serta melihat perkembangan dari semasa ke semasa dari dalam atau luar negara... maklumat yang kita perolahi tidak terbatas. dulu bila nak guna internet jew pergi cyber cafe la, makmal komputer sekolah tapi kita duduk dimana sahaja kita sudah dapat akses internet dengan adanya kemudahan broadband dan WIFI . CANGGIH BETOL!!!!

TAPI..... jangan lupa setiap benda ada kelemahan, macam internet ini ada juga keburukannya,, KEBURUKAN??? maksudnya disini ada sesetengah manusia menggunakan internet untuk kepentingan sendiri, mengakses benda lucah, menipu orang, dan sebagainya. apa yang dapat kita lihat ada sesetengah mereka ini menggunakan internet secara tidak profesional,, menggunakan kelebihan yang ada kearah yang tidak baik.

No comments:
Post a Comment